Kenyataan Tender

 

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dalam Gred dan Pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

  1. TENDER

TAJUK

KERJA

GRED DAN PENGKHUSUSAN

HARGA DOKUMEN

SESI TAKLIMAT  & LAWATAN TAPAK MANDATORI

 

JBA(T)1/2016

 

 

 

Kerja-Kerja Penyiasatan Tanah Untuk Cadangan Projek Pembinaan Empangan Jernih, Alor Gajah Melaka.

Berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK dalam

Gred G3 sehingga G7 dan kategori CE – Pembinaan Kujuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 – Kerja Penyiasatan Tanah

RM150.00

Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf Bayaran atas nama      Ketua Pengarah, Jabatan Bekalan Air,KeTTHA 

 Tarikh : 21/01/2016 (Khamis)

 Masa: 10.00 pagi

 Tempat berkumpul :

Kompleks JAPERUN Ayer Limau, 78100 Lubok Cina, Melaka

 KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender. 

 

 

  1. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 1, Blok E4/5, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada waktu pejabat bermula pada 18 Januari 2016 (Isnin) hingga 3 Februari 2016 (Rabu).
  2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Untuk maksud ini, hanya penama yang tercacat di dalam sijil CIDB (PKK,SPKK) yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak berserta Cop Syarikat.
  3. Dokumen Tender hanya dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) berserta satu Salinan sijil-sijil tersebut serta Cop Syarikat.
  4. Dokumen Tender boleh didapati bermula 22 Januari 2016 (Jumaat)(selepas lawatan tapak) sehingga 28 Januari 2016 (Khamis) pada waktu pejabat di alamat:-

                                                           BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN,

                                                           JABATAN BEKALAN AIR,

                                                           KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR,

                                                           ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

                                                           PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

                                                           62668 PUTRAJAYA .

 

          Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Wang Kiriman Pos/ Bank Deraf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

  1. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00  tengahari pada 4 Februari 2016 (Khamis), di alamat :-

                                                             BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN,

                                                             JABATAN BEKALAN AIR,

                                                             KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR,

                                                             ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

                                                             PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

                                                             62668 PUTRAJAYA .

 

  1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

*Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-88836153 / 6318

TOP

 aduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.