Latarbelakang
Sumber bekalan air ke KLIA adalah dari Loji Rawatan Air Sg Semenyih yang juga membekalkan air ke kawasan Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat. Sistem sumber bekalan air dari Loji Rawatan Air Sg Semenyih ke KLIA terdiri daripada 3 paip utama iaitu paip bersaiz 1500mm Ø ke kolam SYABAS di KLIA berkapasiti 45.4 juta liter, paip bersaiz 1200mm Ø ke kawasan Kuala Langat dan paip bersaiz 1050mm Ø ke kolam MAB berkapasiti 45.4 juta liter. Seluruh kawasan KLIA mendapat bekalan air dari kolam air berkapasiti 45.4 juta liter yang berada dibawah seliaan Malaysia Airport Berhad (MAB) yang juga terletak bersebelahan dengan kolam air SYABAS berkapasiti 45.4 juta liter yang membekalkan ke kawasan lain.
KLIA adalah kawasan sensitif dan sebarang insiden gangguan bekalan air akan menyebabkan kesan negatif kepada imej negara. Berikutan insiden yang berlaku pada 16hb Oktober 2008, paip bersaiz 1050mm Ø dan 1500mm Ø ke KLIA telah pecah dan menyebabkan gangguan bekalan air ke atas lebih 80 ribu pengguna selama 3 hari berturut-turut. Satu mesyuarat post mortem telah diadakan di SPAN pada 4hb November 2008 dan di Kementerian pada 25hb November 2008, dan telah mengesyorkan sumber bekalan air alternatif ke KLIA perlu dilaksanakan supaya insiden yang sama tidak berulang.
Pada 10hb Mac 2009, Kementerian Kewangan/Unit Perancangan Ekonomi telah meluluskan projek bekalan air alternatif ke KLIA dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi kedua untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Perunding SMHB Sdn Bhd telah dilantik untuk menjalankan kajian kesesuaian kejuruteraan (feasibilty study) dan seterusnya akan melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan dan penyeliaan ke atas kerja-kerja pembinaan. Perunding SMHB Sdn Bhd telah mencadangkan bekalan air dari Sg. Labu yang melibatkan pembinaan takungan off-river storage dan sebuah loji rawatan air berkapasiti 105 juta liter sehari.
Objektif
Membekalkan air ke KLIA sebagai punca air bersih sokongan (backup) dan membantu permintaan air di kawasan sekitarnya.
Skop Kerja
Skop kerja dan tempoh pelaksanaan Projek Bekalan Air Alternatif Ke KLIA, Sepang, Selangor adalah seperti berikut:
|
Butiran Kerja
|
Nama Kontraktor
|
Tempoh Pelaksanaan
|
|
i) Sebuah river-gate yang merentangi Sg Labu, selepas pertemuan dengan Sg Chinchang,
ii) Muka sauk lengkap dengan rumah pam berkapasiti 150 juta liter sehari iii) 1200mm diameter paip jenis Mild Steel sepanjang 1 km dari rumah pam ke takungan off-river storage. iv) Takungan off-river storage berkapasiti 9 juta m³ |
Asia Baru Construction Sdn. Bhd.
|
Tempoh siap asal : 18 bulan
Tarikh mula : 28 Disember 2009
Tarikh siap asal : 27 Jun 2011
Lanjutan Masa No. 1 : 32 hari (kelewatan milik tapak lot-lot di Off-River Storage)
Lanjutan Masa No. 2 : 63 hari (aliran sungai tidak mencukupi untuk melakukan testing and commissioning)
Tarikh siap sebenar : 30 September 2011
|
Walaubagaimanapun, Skim Loji Rawatan Air tidak akan dilaksanakan oleh JBA, namun ianya akan dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Skop kerja pembinaan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) 105 juta liter sehari loji rawatan air
ii) 1200mm diameter paip jenis Mild Steel sepanjang 3.5 km dari loji rawatan air ke kolam air sediada KLIA dan Malaysia Airports Berhad (MAB)



