Mesyuarat tahunan Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah (JTJAD) diadakan setiap tahun bermula dari tahun 1991. Sehingga kini 18 mesyuarat JTJAD telah diadakan dan setiap negeri bergilir-gilir menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini. Di dalam mesyuarat tahunan yang diadakan, pelbagai kertas kerja dibentangkan terutamanya yang menyentuh tentang sektor air di negara ini. Melalui pembentangan dan perbincangan kertas kerja, beberapa resolusi telah dicapai bagi menambahbaik pelaksanaan, pengurusan dan perkhidmatan industri bekalan air negara.
Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air
- Laman Utama
- Info Jabatan
- Aktiviti
- Direktori
- Rujukan
- Muat Turun
- Galeri Multimedia
- Peta Laman

