Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air

  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)
Laman Utama > Aktiviti > JTJAD > Pengenalan

Pengenalan

E-mail Cetak
 Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera
Air Daerah Se Malaysia ( JTJAD )
 
Latarbelakang
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan hasil dari Seminar Jurutera-jurutera Air Daerah SeMalaysia Kali Ke-1 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Mac 1989 di Institut Kerja Raya Malaysia. Peserta seminar telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah SeMalaysia (JTJAD). Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti di kalangan Jurutera Air Daerah seluruh negara.
 
Objektif 
Untuk mengembelingkan idea-idea dan maklumbalas-maklumbalas daripada semua daerah ke arah meningkatkan dan mengadakan satu sistem pengurusan bekalan air yang lebih teratur dan efektif.
 
Fungsi-Fungsi
Fungsi-fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
  1. Mengenalpasti dan mencadangkan penyelarasan terhadap masalah yang berkaitan dengan bekalan air,
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat,
  3. Mengemukakan cadangan-cadangan untuk memperkemaskan dan menyeragamkan peraturan- peraturan bekalan air,
  4. Mengemukakan resolusi-resolusi kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan perlaksanaan
  5. Mencadangkan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan imej Jabatan dan merapatkan hubungan antara Jabatan dan orang ramai,
  6. Bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman antara jurutera air daerah di mana boleh saling mempelajari di antara mereka.
Untuk mencapai tujuan dan fungsi-fungsi tersebut, Urusetia JTJAD telah mempergiatkan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat, persidangan, bengkel, jawatankuasa kajian dan maklumat serta jawatankuasa teknikal yang sesuai pada setiap tahun.
 
Selaras dengan ini, Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Air Daerah SeMalaysia telah diadakan. Tujuan utama ialah untuk mendedahkan kepada semua Jurutera-jurutera Air kepada maklumat terkini dalam industri air negara di samping berkongsi pengalaman serta mempereratkan hubungan silaturahim.