Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air

  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)
Laman Utama > Aktiviti > Kajian Sumber Air Negara > Kajian Sumber Air Negara Bagi Tahun 2000 hingga 2050 (Semenanjung Malaysia)

Kajian Sumber Air Negara Bagi Tahun 2000 hingga 2050 (Semenanjung Malaysia)

E-mail Cetak

Kajian Sumber Air Negara bagi Semenanjung Malaysia telah disiapkan pada tahun 2000 untuk menentukan sumber dan permintaan air sehingga tahun 2050 mencukupi dan menepati sasaran yang dikehendaki dilaksanakan oleh SMHB Sdn. Bhd. dengan kerjasama Ranhill Bersekutu Sdn. Bhd. dan Jurutera Perunding Zaaba.

Penyediaan laporan ini telah mengambilkira pelbagai aspek yang sangat penting di dalam pekembangan sektor sumber air negara bagi memastikan bekalan air negara sentiasa mencukupi dengan mengambilkira permintaan dan keperluan air negara sehingga 2050.

Secara dasarnya peningkatan kepada keperluan air di sektor industri, domestik, dan lain-lain dianggarkan 63% pertambahan permintaan keperluan air dari tahun 2000 – 2050. Namun demikian kualiti sumber air, sungai yang merupakan sumber utama bekalan air negara adalah ditahap yang membimbangkan jika tiada tindakan yang positif dijalankan bagi mengawal kualiti sumber air negara tersebut.

Kajian Sumber Air Negara yang dihasilkan ini mendapati impak yang besar akan berlaku dalam sektor sumber air negara selari dengan pertumbuhan pesat permintaan dalam bidang pertanian, industri dan domestik yang menambah tekanan ke atas sistem sumber air sedia ada lebih-lebih lagi dalam keadaan kemarau panjang yang dikaitkan dengan El Nino, perubahan guna tanah dan juga perubahan iklim global.

Kajian yang dilaksanakan mencakupi aspek perancangan, pembangunan, polisi, faktor kewangan dan pengurusan alam sekitar yang memastikan penglibatan yang erat antara kerajaan persekutuan dan negeri dalam merealisasikan matlamat sebenar kajian ini dijalankan.

 Kajian ini telah dibahagikan mengikut 2 format iaitu:

1.  Sektor Kajian sumber air yang mengandungi 7 Jilid.

2.  Laporan individu bagi setiap 11 negeri di Semenanjung Malaysia. Antara intipati yang terkandung di dalam setiap jilid berkenaan adalah seperti berikut:

        Jilid 1:     

Ringkasan Eksekutif;Pelan induk pembangunan sumber air bagi Semenanjung Malaysia 2000 - 2050
 

        Jilid 2:     

Bab   1: Pengenalan

Bab   2: Pengurusan Sumber Air  

Bab   3: Anggaran Permintaan Keperluan Air



 
Sabtu,19/Mei/2012
7:39:31am

Pautan Tambahan

 
 
e-learning Portal Intranet KTTHA Webmail KTAK