LATAR BELAKANG PROJEK
Projek pengalihan paip air keluli lembut bergaris pusat 1.8m sepanjang 1.6km di Jalan Universiti, Seksyen 17, Mukim Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan adalah pelaksanaan projek bekalan air di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE2).
OBJEKTIF
Projek ini bertujuan untuk memintas (by-pass) sebahagian paip air di bawah jambatan Jalan Universiti untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan struktur cecondong (ramp structures) akibat daripada kepecahan paip.
SKOP KERJA
Mengalihkan paip air keluli lembut bergarispusat 1.8m sepanjang 1.6km di Jalan Universiti, Seksyen 17, Mukim Petaling Jaya yang terletak di bawah jambatan bulatan Jalan Universiti.
TEMPOH PROJEK
Tempoh asal 9 Bulan iaitu dari 01/09/2009 hingga 16/05/2010 telah dilanjutkan sehingga 17/10/2010 atas sebab-sebab berikut:
i) kelewatan kelulusan pelaksanaan hot tapping dan line stopping
ii) kelewatan kelulusan permit korekan jalan
iii) kelewatan kebenaran bagi meneruskan kerja-kerja sambungan dan line stopping
AGENSI PELAKSANA
Jabatan Bekalan Air (JBA)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Malaysia (KeTTHA)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Malaysia (KeTTHA)
JALAN-JALAN YANG MASIH TERLIBAT
i) Di persimpangan Jalan 17/1 dan Jalan 16/6
ii) Di persimpangan Jalan Universiti dan Jalan 16/10
Maklumat lanjut berhubung kerja pembinaan, sila klik di sini.
Maklumat lanjut berhubung kerja pembinaan, sila klik di sini.



