Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air

  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)
Laman Utama > Aktiviti > Projek > Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 > Pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2

Pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2

E-mail Cetak

Krisis Ekonomi Dunia

Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada menerima kesan krisis ekonomi global, Dengan bermulanya krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, dunia ketika ini menyaksikan krisis ekonomi dan kewangan menular ke seluruh dunia yang sering kali diungkapkan sebagai entiti global tanpa sempadan.

Menurut ramai pakar ekonomi, krisis ini adalah yang terburuk sejak The Great Depression pada tahun 1930an. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah pun menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan ekonomi 2009 daripada positif 2.2% (Nov 2008) kepada positif  0.5%  dan perdagangan dunia 2009 daripada positif 2.1%  (Nov 2008) kepada negative 2.8%.Negara-negara maju dan membangun juga dijangka mencatat penguncupan ekonomi atau kadar pertumbuhan yang lebih perlahan.

Dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar, Kerajaan terus komited untuk mengurangkan kesan kelembapan ini supaya ekonomi Negara kembali cergas dan beransur pulih. Oleh itu, Kerajaan telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi memastikan ekonomi Negara sentiasa kukuh. Kini, semakin banyak negara seperti AS,China,Korea Selatan dan Hungary turut melaksanakan pakej-pakej seperti ini.

Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM7 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama pada 4 November 2008 manakala Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah diumumkan pada 10 Mac 2009 dengan peruntukan sebanyak RM60 bilion. Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua adalah lebih komprehensif serta meliputi semua sektor ekonomi.