Latarbelakang
Negeri Terengganu terdiri daripada 6 daerah dan mempunyai rangkaian paip bekalan air sepanjang 4,700 km di mana 45 peratus dari jumlah ini adalah merupakan paip dari jenis asbestos cement. Kebanyakan paip-paip asbestos cement tersebut berada dalam keadaan uzur yang kerap kali menyebabkan berlaku kebocoran dan gangguan terhadap bekalan air.
Objektif
Untuk meningkatkan mutu sistem pengagihan bekalan air dan seterusnya memastikan bekalan air yang berkualiti dapat dibekalkan ke seluruh negeri Terengganu.
Skop Kerja
Pendekatan yang diambil untuk projek ini adalah seperti berikut:
i. Untuk melaksanakan kerja-kerja penggantian dan penaiktarafan paip yang telah diluluskan serta memantau kerja-kerja yang dijalankan.
ii. Mengganti dan menaiktaraf paip lama sedia ada dari jenis asbestos cement dan paip komunikasi sehingga ke meter pengguna. Kerja-kerja penggantian ini adalah termasuk menggantikan valve, fitting, washouts valve, chamber dan sambungan ke tee-offs sedia ada dan dari sambungan sedia ada hingga ke kediaman pengguna jika perlu.
Status
Telah tutup akaun



