Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air

  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)
Laman Utama > Aktiviti > Projek > Projek Wang Dana Khas Kerajaan Persekutuan > Projek "New Water Supply Scheme Including Upgrading Existing Distribution Works (Pakej 1,Pakej 2 dan Pakej 3)

Projek "New Water Supply Scheme Including Upgrading Existing Distribution Works (Pakej 1,Pakej 2 dan Pakej 3)

E-mail Cetak

Latarbelakang

Projek ini dibiayai sepenuhnya di bawah Program Peruntukan Wang Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan disalurkan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Projek ini melibatkan dua buah daerah di negeri Terengganu iaitu daerah Dungun dan Kemaman. Ketika ini bekalan air di Terengganu di salurkan melalui 4,700 km paip di mana lebih 45% darinya adalah paip Asbestos Cement (AC). Kebanyakan paip-paip ini tidak lagi berada dalam keadaan yang baik sehingga menyebabkan gangguan kepada bekalan air. Syarikat Air Terengganu (SATU) telah mengenalpasti kawasan yang terlibat di mana kerja-kerja penggantian paip mahupun kerja-kerja pemasangan paip baru dan kerja-kerja lain yang terlibat akan dilaksanakan.


Objektif

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki sistem agihan bekalan air di kedua-dua buah daerah dan mengurangkan kadar NRW.


Skop Kerja

Pakej 1
i.   Pembinaan 2 buah tangki air.
ii.  Pemasangan paip baru sepanjang 13.7 km
iii. Penggantian paip lama sepanjang 184 km

Status

Telah tutup akaun

 

Pakej 2
i.  Pemasangan paip baru sepanjang 36 km
ii. Penggantain paip lama sepanjang 48.3 km

Status

Telah tutup akaun

 

Pakej 3
i.  Pemasangan paip baru sepanjang 2.4 km
ii. Penggantian paip lama sepanjang 154.7 km

Status

Telah tamat tempoh tanggungan kecacatan. Dalam proses penutupan akaun.
 

 
Sabtu,11/Februari/2012
7:30:05am

Pautan Tambahan

 
 
e-learning Portal Intranet KTTHA Webmail KTAK