Latarbelakang
Projek Air Hulu Terengganu telah dirancang untuk dilaksanakan di dalam tiga (3) peringkat yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran air bagi memenuhi permintaan untuk daerah Hulu Terengganu dan juga sebahagian daerah Marang dan Setiu sehingga tahun 2015. Bagi Projek Bekalan Air Hulu Terengganu Peringkat 1 adalah pembinaan Loji Rawatan Air berkapasiti 27.5 JLH yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 bagi tujuan untuk meningkatkan bekalan air sedia ada. Manakala Projek Bekalan Air Hulu Terengganu Peringkat 2 dipecahkan kepada 2 pakej iaitu Pakej A dan juga Pakej B yang mana ianya telah dilaksanakan pada tahun 2006 dengan tujuan untuk menampung peningkatan permintaan kepada pertambahan kapasiti bekalan air sebanyak 27.5 JLH. Dengan pelaksanaan Projek Bekalan Air Hulu Terengganu Peringkat 2, kapasiti pengeluaran sedia ada di kawasan Hulu Terengganu telah dapat ditingkatkan sehingga 55 JLH. Oleh yang demikian, kapasiti pengeluaran bekalan air mentah tersebut dijangka akan dapat memenuhi permintaan bekalan air di kawasan terbabit sehingga tahun 2015.
Objektif Projek Hulu Terengganu Peringkat 1
Untuk memperbaiki sistem agihan dan menyediakan kemudahan tambahan bekalan air bagi memenuhi permintaan domestik dan bukan domestik (industri-industri dan lain-lain) di Daerah Hulu Terengganu sehingga tahun 2015 di samping mengurangkan NRW.
Skop Kerja
1. Pembinaan 27.5 JLH loji rawatan air
2. Pembinaan muka sauk
3. Pembinaan 4 buah tangki simpanan air
4. Pembinaan stesen pam penggalak
5. Pemasangan paip air sepanjang 75.5 km



