Laman Web Rasmi Jabatan Bekalan Air

  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)
Laman Utama > Aktiviti > Projek > Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 > Bekalan Air Ke Depoh Peluru (93 DPP) Di Mempaga Daerah Bentong, Pahang

Bekalan Air Ke Depoh Peluru (93 DPP) Di Mempaga Daerah Bentong, Pahang

E-mail Cetak

Latarbelakang

Tapak cadangan bagi projek Depoh Peluru (93 DPP) terletak di dalam kawasan Felda Lakum di mana ia merupakan sempadan bagi daerah Temerloh dan Bentong. Tapak projek juga terletak di penghujung sistem agihan Loji Sertik di mana merupakan bekalan air sediada yang terletak 12 km dari tapak projek. Walau bagaimanapun, kapasiti loji yang rendah iaitu sebanyak 0.35 mdg telah mencapai keupayaan maksima.


Objektif

Pada tahun 2007, Loji Air Mempaga telah dinaiktaraf dari 0.45 mgd kepada 3.0 mgd dengan menggunakan peruntukan dari pihak felda. Walau bagaimanapun, kerja-kerja naiktaraf hanya melibatkan loji sahaja dan tidak termasuk sistem agihan. Oleh yang demikian, sistem agihan perlu dipertingkatkan bagi menyediakan bekalan yang mencukupi bagi kawasan  Mempaga dan sekitarnya.


Skop Kerja

Skop kerja dan tempoh pelaksanaan Projek Bekalan Air Ke Depoh Peluru (93 DPP) di Mempaga, Daerah Bentong adalah seperti berikut:

Bil
Butiran Kerja
Nama Kontraktor
Tempoh Pelaksanaan
1.
a. Paip utama ke tangki imbangan
b. Pembinaan tangki imbangan
c. Paip agihan ke Depoh Peluru
d. Pemasangan pam air terawat dan kerja-kerja berkaitan
e. Pembinaan laluan masuk ke loji rawatan sedia ada dan tangki imbangan yang dicadangkan
Paksi Dunia Sdn. Bhd.
1 Okt. 2009 – 29 Sept. 2010