PENGENALAN RMKe-10
PERKEMBANGAN BEKALAN AIR SELEPAS KEMERDEKAAN
Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, banyak perubahan telah berlaku dalam industri air negara kita. Perkembangan pesat dalam pembangunan sosio eknonomi, perindustrian dan pertanian serta usaha menuju pencapaian negara industri di bawah Wawasan 2020 telah mendorong kepada peningkatan permintaan air yang mencukupi.
Prospek peningkatan permintaan air di kawasan pertumbuhan penduduk yang tinggi dan sumber air berlebihan tetapi belum dieksploitasi di kawasan yang mempunyai pertumbuhan penduduk yang rendah perlu diberi perhatian untuk memastikan keberkesanan agihan sumber air dengan mengutamakan keperluan seluruh rakyat. Justeru itu, kerajaan telah mengenal pasti beberapa keperluan untuk meneruskan rancangan pembangunan sumber air dan pemuliharaannya dalam negara.
Pelancaran Rancangan Malaysia 5 Tahun Pembangunan yang dimulakan pada tahun 1966 telah memainkan peranan yang amat penting dalam memesatkan pembangunan bekalan air Negara. Selain daripada sektor air, Rancangan Malaysia 5 Tahun juga memberi penekanan kepada sektor lain seperti sector infrastruktur, pendidikan dan kesihatan yang merupakan teras utama kepada pembangunan negara.
PROJEK BEKALAN AIR RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10)
Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) terdapat 63 bilangan projek bekalan air yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM). Kelulusan bagi projek-projek ini dibahagikan mengikut kategori program seperti berikut:
|
Bil. |
Program |
Bil.Projek |
|
1. |
PEMBINAAN / MENAIKTARAF / MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR DAN SISTEM AGIHAN SEDIADA DAN BARU |
34 |
|
2. |
PROGRAM MENGAWAL KADAR AIR TAK BERHASIL (NRW) |
17 |
|
3. |
PEMBANGUNAN DAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR |
10 |
|
4. |
PENINGKATAN KECEKAPAN DAN KESEDARAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR |
2 |
Daripada jumlah ini, sebanyak 60 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan samada diperingkat perlantikan perunding, rekabentuk,tawaran/perolehan dan juga kerja-kerja binaan. Daripada jumlah yang diluluskan tersebut, sebanyak 3 projek telah dibatalkan butirannya di bawah Kementerian ini. Berdasarkan kelulusan asal, siling dan peruntukan projek pembangunan bekalan air RMKe-10 ini diluluskan berjumlah RM1.594 billion dan RM702.029 juta masing-masing. Agihan siling dan peruntukan mengikut program adalah seperti berikut:
|
Bil. |
Program |
Bil.Projek |
Siling (RM) (juta) |
Peruntukan (RM) (juta) |
|
1. |
PEMBINAAN / MENAIKTARAF / MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR DAN SISTEM AGIHAN SEDIADA DAN BARU |
34 |
905.970 |
383.398 |
|
2. |
PROGRAM MENGAWAL KADAR AIR TAK BERHASIL (NRW) |
17 |
333.319 |
106.466 |
|
3. |
PEMBANGUNAN DAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR |
10 |
339.950 |
204.940 |
|
4. |
PENINGKATAN KECEKAPAN DAN KESEDARAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR |
2 |
15.500 |
7.225 |
|
JUMLAH |
63 |
1594.739 |
702.029 |
|
Nota: Jumlah siling dan peruntukan termasuk 3 yang projek telah dibatalkan butiran



