Objektif
Untuk memberikan perkhidmatan kawalan ke atas pengesanan kualiti air minum dan air berkualiti menjadi satu sumber bekalan yang berterusan, menentukan bahan -bahan bekalan air mencapai tahap kualiti serta menepati spesifikasi yang ditetapkan, memastikan keselamatan optimum setiap empangan bekalan air diseluruh Malaysia, mengurangkan tahap kehilangan hasil air diseluruh Malaysia dan menjadi alat penyumbang kepada penyebaran maklumat bekalan air.
Fungsi
- Memberi perkhidmatan kawalan ke atas pengesanan kualiti air minum supaya air menjadi satu sumber bekalan yang berterusan dan berkualiti;
- Memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam industri bekalan air mencapai tahap kualiti yang baik dan menepati spesifikasi yang ditetapkan;
- Memastikan keselamatan empangan-empangan bekalan air di Malaysia berada pada tahap yang baik;
- Mengurangkan tahap kehilangan hasil air di seluruh Malaysia;
- Mengumpul dan menganalisa data-data industri bekalan air seluruh Malaysia

