
Jabatan Bekalan Air adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang dulu dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) . Dahulunya Jabatan ini dikenali sebagai Cawangan Bekalan Air dan berada di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Jabatan Bekalan Air diwujudkan di bawah KTAK pada tahun 2004 setelah penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya dan penyusunan semula fungsi dan operasi Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Laman web Jabatan Bekalan Air ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan menyediakan ruang khidmat aduan kepada pihak pengguna dan masyarakat umum.

