- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian dan agensi lain dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan program bekalan air.
- Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program / projek pembangunan bekalan air negara agar mencapai sasaran impak yang memenuhi kehendak rakyat dan negara.
- Merancang, memantau dan melaksanakan pembangunan sumber air.
- Memantau kualiti air mentah di muka sauk untuk seluruh Malaysia dan kualiti air terawat untuk Sabah dan Sarawak.
- Melaksanakan kerja-kerja pengawasan keselamatan ke atas empangan bekalan air dan cerun-cerun ( tangki bekalan air ) yang berisiko tinggi.
- Ahli Jawatankuasa ( SIRIM dan SPAN ) dalam penyediaan senarai bahan-bahan yang diluluskan untuk projek bekalan air.
- ’Certifying Agent’ untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat yang dilaksanakan oleh PAAB.
- Merancang, melaksanakan dan memantau program NRW.
- Merancang, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur bekalan air untuk keperluan domestik dan industri di Pulau Labuan.



