Selamat datang ke laman web Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Sebagai salah satu organisasi teknikal Kementerian, Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek pembangunan bekalan air di seluruh negara. Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat membantu masyarakat ke arah hidup yang lebih berkualiti. Untuk itu, kami berhasrat memberi perkhidmatan dengan lebih baik lagi dengan menyediakan maklumat terkini melalui laman web kami.
Laman web ini direkabentuk seumpamanya untuk dilayari oleh mana-mana pengunjung, samada pihak perunding, kontraktor atau masyarakat umum amnya. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkaitan jabatan ini khasnya dan sektor bekalan air amnya pada bila-bila masa sahaja.
Kami berharap para pengunjung akan mendapat lebih manfaat dan informasi dengan melayari laman web ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau cadangan sila hubungi kami melalui pautan yang disediakan. Kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan cadangan yang membina agar Jabatan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
Kami berharap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dapat ditingkatkan melalui penambahbaikan secara berterusan laman web ini. Akhir kata, selamat melayari laman web kami.
Ir. Dr. Hasnul Bin Mohamad Salleh
Ketua Pengarah
Jabatan Bekalan Air
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Malaysia



