Objektif
Untuk menentukan perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran pejabat, perkhidmatan, perjawatan, gaji, peperiksaan, perbelanjaan, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan dapat dilaksanakan dengan segera, tepat dan berkualiti selaras dengan kepuasan pelanggan.
Fungsi
- Mengendalikan aset-aset Jabatan dan pengurusan stor.
- Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
- Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan, persaraan dan kenaikan pangkat.
- Melaksanakan perkara-perkara berkaitan pengurusan pentadbiran am JBA seperti urusan surat-menyurat, kebersihan pejabat dan keselamatan ruang pejabat.

