Perutusan Ketua Pengarah

ir noor azahari      

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung laman web yang budiman. Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia.

Kepada pengunjung lama, terima kasih tidak terhingga kerana anda terus memberi sokongan dan bagi pengunjung baru, anda adalah pengunjung tidak ternilai kami. Bagi pengunjung sediada tentu anda merasai kelainan laman web ini. Sebagai makluman ini adalah ‘upgrading’ yang dilaksanakan bagi memastikan laman web jabatan ini kreatif, infomatif dan mempunyai fleksibilti dari aspek pengemaskinian dan kandungan. Selain dari mengetengahkan JBA sebagai agensi teknikal kejuruteraan bekalan air KeTTHA dan negara, laman web ini juga berperanan sebagai media bagi mememaklumkan info berkenaan perolehan tender/sebutharga, keputusan penilaian perolehan, platform bagi perkongsian ilmu, pengaduan awam, aktiviti-aktiviti terkini industri bekalan air dan memaklumkan perkhidmatan terkini jabatan.

Pengunjung yang dihormati sudah hampir setahun mantan Ketua Pengarah JBA sebelum ini iaitu Dato' Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh berpindah ke Ibu Pejabat JKR kerana urusan kenaikan pangkat maka hampir setahun juga saya telah memimpin jabatan ini. JBA KeTTHA adalah agensi teknikal kementerian yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek bekalan air di seluruh negara yang dibiayai secara langsung/geran, juga memantau pelaksanaan projek bekalan negeri yang dibiayai secara pinjaman. Jumlah dan nilai projek-projek ini saban Rancangan Pembangunan Malaysia 5 Tahun akan makin bertambah dan dijangka nilai projek RMKe11akan melebihi dari RM2 bilion. Ini dilihat apabila bertambahnya operator bekalan air negeri yang akan berhijrah ke rejim perlesenan aset ringan yang akan menjurus kepada bertambahnya projek bekalan air yang dibiayai secara geran.

Syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Laman Web JBA dan individu- individu yang telah berusaha sedaya mungkin bagi membangunkan laman web yang kreatif dan infomatif. Saya berharap semoga laman web yang dihasil atas daya usaha tuan/puan akan terus maju selaras dengan kemajuan teknologi maklumat masakini. Semoga semua usaha tuan/puan diberkati dan dirahmati Allah swt. Kepada semua pengunjung budiman, selamat melayari laman web jabatan ini.

YBhg. Dato' Ir. Hj. Noor Azahari Bin Zainal Abidin
Ketua Pengarah
Jabatan Bekalan Air
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Malaysia

TOP

 aduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.