Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se Malaysia ( JTJAD )

Pengenalan

jtjadJawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera
Air Daerah Se Malaysia ( JTJAD )

 

Latarbelakang
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan hasil dari Seminar Jurutera-jurutera Air Daerah SeMalaysia Kali Ke-1 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Mac 1989 di Institut Kerja Raya Malaysia. Peserta seminar telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah SeMalaysia (JTJAD). Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti di kalangan Jurutera Air Daerah seluruh negara.

Objektif
Untuk mengembelingkan idea-idea dan maklumbalas-maklumbalas daripada semua daerah ke arah meningkatkan dan mengadakan satu sistem pengurusan bekalan air yang lebih teratur dan efektif.

Fungsi-Fungsi
Fungsi-fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

  1. Mengenalpasti dan mencadangkan penyelarasan terhadap masalah yang berkaitan dengan bekalan air,
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat,
  3. Mengemukakan cadangan-cadangan untuk memperkemaskan dan menyeragamkan peraturan- peraturan bekalan air,
  4. Mengemukakan resolusi-resolusi kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan perlaksanaan
  5. Mencadangkan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan imej Jabatan dan merapatkan hubungan antara Jabatan dan orang ramai,
  6. Bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman antara jurutera air daerah di mana boleh saling mempelajari di antara mereka.

Untuk mencapai tujuan dan fungsi-fungsi tersebut, Urusetia JTJAD telah mempergiatkan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat, persidangan, bengkel, jawatankuasa kajian dan maklumat serta jawatankuasa teknikal yang sesuai pada setiap tahun.

Selaras dengan ini, Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Air Daerah SeMalaysia telah diadakan. Tujuan utama ialah untuk mendedahkan kepada semua Jurutera-jurutera Air kepada maklumat terkini dalam industri air negara di samping berkongsi pengalaman serta mempereratkan hubungan silaturahim.

Senarai Exco JTJAD Sesi 2014/2016

Senarai Exco Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah (JTJAD) Sesi 2014/2016

Pengerusi : Ir. Teo Chee Kong (Jabatan Air Negeri Sabah)

Timbalan Pengerusi I : En. Izani bin Ismail (Air Kelantan Sdn. Bhd.)

Timbalan Pengerusi II : En. Abd. Rahim bin Mohamad Yusob (Syarikat Air Melaka Berhad)

Setiausaha : Pn. Norazila Ozleen binti Tahirudin (JBA, KeTTHA)

Pembantu Setiausaha : En. Wan Mohd. Ashik bin Wan Rashidi (JBA, KeTTHA)

Senarai Ahli JTJAD adalah seperti di Jadual berikut. 

Mesyuarat Tahunan

JTJAD mesyuarat tahunan telah diadakan setiap tahun sejak 1991 Sehingga 2011, terdapat 24 mesyuarat telah diadakan berasaskan secara bergilir dalam kalangan 14 negeri telah mengambil tempat untuk menjadi tuan rumah mesyuarat tahunan. Dalam mesyuarat tahunan, pelbagai isu telah dibincangkan, kertas kerja telah dibentangkan dan sebagai kesimpulan, ia akan keluar dengan satu penyelesaian atau dipanggil sebagai resolusion mengenai topik ini releted kepada mesyuarat tahunan.

Beberapa resolusi dari mesyuarat tahunan JTJAD adalah seperti berikut:

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2006-tidak diketahui

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2007 - Pahang

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2008 -Terengganu

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2009- Melaka

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2010 - Perak

1. Mesyuarat Tahunan Resolusi JTJAD Tahun 2011 - Sabah

Terbitan

Jawatankuasa tindakan Jurutera Air Daerah (JTJAD) SeMalaysia telah menghasilkan beberapa produk terbitan antaranya seperti manual, garis panduan dan direktori. Beberapa terbitan telah dikemukakan untuk simpanan di Pusat Sumber JBA. Namun, ada beberapa bahan perlu dikumpulkan semula. Maklumat berhubung terbitan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sesi 1

Kertas Kerja 1A
Ciri Modal Insan Pegawai Penguasa (PP)

Kertas Kerja 2
Sumbangan Universiti Malaysia Sabah Terhadap Industri Air Negara

Kertas Kerja 3
Kajian Pengurusan Pengebilan Bekalan Air Seluruh Negara
- Isu Dan Cabaran

Sesi 2

Kertas Kerja 5
The Integration Of The National Occupational Skills Standard (NOSS) Into The Water Competency Model In Malaysia

Kertas Kerja 6
Training & Development Practices In SAJ

Kertas Kerja 7
PEMBANGUNAN MODAL INSAN : Cabaran Dalam Industri Air
"Meningkatkan Partisipasi Awam Dalam Mengangkasakan Industri Air"

Sesi 3

Kertas Kerja 8
PEMBANGUNAN MODAL INSAN : Cabaran Dalam Industri Air Negara
"Masalah Sumber Manusia Dalam Industri Air Negara"
- Perspektif Di Loji Air -

Teknikal 3
PERMASTORE TANKS & SILOS
"Company Presentation - RWT"

Sesi 4

Design And Installation Considerations For Successful PE Water Pipelines 

TOP

 aduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.