Lawatan Kerja

Lawatan Kerja JBA Ke Projek Skim Bekalan Air Merbau Chondong, Machang Kelantan Bagi Menyaksikan Pemasangan GRP Pipe

Tarikh:  
 
4 November 2014  
 
Tempat:  
 
Machang, Kelantan   
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja JBA ke Projek Skim Bekalan Air Merbau Chondong, Machang Kelantan adalah bertujuan untuk:
1. Menyaksikan Pemasangan GRP (1100mm diameter) bagi menambahkan lagi pengetahuan berhubung kaedah pemasangan paip tersebut.
2. Meninjau prestasi kerja di tapak projek.
3. Menjalinkan kerjasama erat antara JBA dan agensi pelaksana projek iaitu Air Kelantan Sdn Bhd.
 
Gambar Lawatan:  
 
taklimat oleh AKSBTaklimat oleh AKSB berhubung kaedah
penyambungan GRP Pipe
taklimat oleh kontraktorTaklimat oleh kontraktor berhubung kaedah pemasangan
coupling bagi 
penyambungan paip
horizontal collector wellTaklimat oleh AKSB berhubung kaedah pembinaan
Horizontal Collector Well

Lawatan Kerja JBA Ke Projek Skim Bekalan Air Teriang dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi

Tarikh:  
 
15 Oktober 2014
 
Tempat:  
 
Jelebu, Negeri Sembilan
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja JBA ke Projek Skim Bekalan Air Teriang dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi adalah bertujuan untuk:
1. Meninjau masalah pelaksanaan projek yang mengalami kelewatan.
2. Meninjau masalah takungan air di empangan yang semakin menyusut.
3. Melihat operasi Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi yang baru sahaja memulakan operasi.
 
Gambar Lawatan:  
 
 taklimat operasi pembinaan loji rawatan
 Taklimat operasi loji oleh
operator loji
Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi yang
telah siap sepenuhnya 
   
takungan air empangan teriang
Takungan air di Empangan Teriang yang
semakin menyusut
Takungan air di Empangan Teriang yang
semakin menyusut

Lawatan Kerja KP JBA Ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau, Sabah

Tarikh:  
 
9 November 2014
 
Tempat:  
 
Keningau, Sabah
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja KP JBA ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau, Sabah bertujuan seperti berikut:
1. Memastikan skop kerja- skop kerja yang dilaksanakan menepati skop kerja yang dimuktamadkan dalam Value Management (VM).
2. Meninjau prestasi kerja di tapak projek.
3. Membincangkan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan projek.
 
Gambar Lawatan:  
 
taklimat kemajuanTaklimat kemajuan projek oleh pihak perunding di
pejabat tapak projek
lawatan ke tapak
Lawatan ke tapak projek bagi skop
kerja pembinaan tangki
skop kerja pembinaanLawatan ke tapak projek bagi skop kerja
pembinaan muka sauk

Lawatan Kerja Datuk KSU Ke Projek Pembinaan Empangan Bengoh, Sarawak

Tarikh:  
 
20 November 2014
 
Tempat:  
 
Bengoh, Kuching, Sarawak
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja YBhg. Datuk KSU ke Projek Pembinaan Empangan Bengoh adalah bertujuan untuk:
1. Membincangkan isu penduduk yang perlu dipindahkan bagi membolehkan proses takungan air empangan dilaksanakan.
2. Meninjau prestasi kerja di tapak projek.
3. Menjalinkan kerjasama erat antara KeTTHA dan agensi-agensi berkaitan di Negeri Sarawak.
 
Gambar Lawatan:  
 
 lawatan datuk ksu mesyuarat pemantauan
Lawatan YBhg. Datuk KSU ke kawasan penempatan
semula penduduk yang dipindahkan.
Mesyuarat pemantauan kewangan dan fizikal
projek-projek bekalan air negeri Sarawak

Lawatan Kerja YB Menteri KeTTHA Ke Empangan Klang Gate, Selangor

Tarikh:  
 
27 Februari 2014
 
Tempat:  
 
Gombak, Selangor
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja YB Menteri KeTTHA ke Empangan Klang Gate bertujuan untuk meninjau keadaan paras air empangan yang semakin menyusut dan menyebabkan catuan bekalan air di beberapa kawasan.
 
Gambar Lawatan:  
 
 yb menteri draw off tower
Lawatan YBhg. Datuk KSU ke kawasan penempatan
semula penduduk yang dipindahkan.
YB Menteri dibawa melawat ke kawasan draw off
tower Empangan Klang Gate

Lawatan Kerja Datuk TKSU ke Tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor

Tarikh:  
 
26 Mei 2015
 
Tempat:  
 
Kota Tinggi, Johor
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja Y.Bhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air ke Tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor adalah bertujuan untuk :
1. Memantau aktiviti-aktiviti semasa di tapak yang sedang dilaksanakan.
2. Menasihati pihak Kontraktor agar dapat menyiapkan projek seperti yang telah ditetapkan bagi mengatasi masalah kemasukan air masin ke Sungai Johor.
3. Meminta Pasukan Projek Jabatan Bekalan Air, Perunding dan Kontraktor dapat bekerjasama dalam memastikan perancangan, pemantauan dan pengawasan projek mengikut spesifikasi,kos dan kualiti kerja yang telah ditetapkan.
4. Mencadangkan agar pihak Jabatan Bekalan Air dapat menjadikan setiap masalah yang dihadapi di tapak bina sebagai panduan dan rujukan (lesson learned) dalam pelaksanaan projek-projek bekalan air akan datang.
 
Gambar Lawatan: 
 
 Barrage 26Mei2015 Lawatan TKSU
Sesi fotografi bersama TKSU(THA), Pegawai Kanan KeTTHA dan Jabatan Bekalan Air.

Lawatan Kerja KP JBA Ke Kilang Pembuatan Pintu Kawalan Air Bagi Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor

Tarikh:  
 
20 Oktober 2015
 
Tempat:  
 

ECONEX Sdn. Bhd. No. 24, Lorong Wawasan 4A/KU7, Kaw. Perindustrian Sg. Kapar Indah,
42200 Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan.

 
Penerangan Aktiviti:  
 

Lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air ke kilang pembuatan pintu kawalan air bagi Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor adalah bertujuan untuk :

1. Memantau kemajuan kerja pembuatan pintu kawalan air bagi memastikan disiapkan mengikut tarikh sasaran.

2. Menasihati pihak Kontraktor dan Pengilang agar dapat menyiapkan lima (5) pintu kawalan air jenis roller gates dan dua (2) pintu kawalan air jenis mitre gates seperti yang telah ditetapkan dalam Program Kerja.

3. Mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kontraktor dan Pengilang mengenai laluan yang akan digunakan dan kaedah untuk penghantaran pintu kawalan air ke tapak bina.

4. Meminta Pasukan Projek Jabatan Bekalan Air, Perunding, Kontraktor dan Pengilang dapat bekerjasama dalam memastikan aktiviti pembuatan, penghantaran dan pemasangan pintu kawalan air di struktur barrage adalah mengikut spesifikasi,kos, jadual pelaksanaan dan kualiti kerja yang telah  ditetapkan.

 
Gambar Lawatan:  
 
 kilang 1 kilang 2
 Ketua Pengarah, Pasukan Projek, Perunding dan Kontraktor di beri penerangan oleh pihak Pengilang (PVT Engineering Sdn. Bhd.) Ketua Pengarah memeriksa hasil kerja kimpalan bagi salah satu komponen pintu kawalan air

 

  kilang 3

Ketua Pengarah memeriksa kerja pemotongan plat keluli yang sedang
dijalankan oleh pihak pengilang

 
   

Lawatan Kerja YB Menteri KeTTHA Ke Tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor

Tarikh:  
 
9 Disember 2015
 
Tempat:  
 
Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
 
Penerangan Aktiviti:  
 
Lawatan kerja Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ke tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor adalah bertujuan untuk :
 
1. 1. Memantau kemajuan terkini aktiviti-aktiviti di tapak bina bagi memastikan projek dapat disiapkan segera untuk mengatasi masalah bekalan air di Negeri Johor.

2. 2. Menasihati pihak Kontraktor untuk mempercepatkan kemajuan kerja agar barrage dapat memulakan operasi pada penghujung bulan Mac 2016 seperti yang telah ditetapkan.

3. 3. Meminta Pasukan Projek Jabatan Bekalan Air, Perunding dan Kontraktor dapat bekerjasama dalam memastikan pembinaan barrage adalah mengikut spesifikasi,kos, jadual pelaksanaan dan kualiti kerja yang telah ditetapkan.

 
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air), Y.Bhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir. Hj. Noor Azahari Bin Zainal Abidin serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KeTTHA.  
 
Gambar Lawatan:    
 
 taklimat operasi pembinaan loji rawatan
 Ketibaan YB Menteri di Kota Tinggi Johor untuk melawat
tapak Projek Pembinaan Barrage Sg. Johor
Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air memberi taklimat
kepada YB Menteri ketika lawatan ke tapak bina 
   
takungan air empangan teriang
 Kemajuan terkini kerja binaan struktur barrage YB Menteri bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air),
Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air dan pihak media melawat tapak
bina struktur barrage 

 

TOP

 aduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.