Projek

Rancangan Malaysia Ke - 10

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima (5) tahun dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi. Program pembangunan nasional berteraskan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara, seperti yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan, Bidang Ekonomi Utama Negara dalam Program Transformasi Ekonomi dan pembaharuan ekonomi strategik dalam Model Baru Ekonomi. Rancangan ini memperincikan strategi untuk memastikan peranan yang lebih berfokus bagi Kerajaan selaku pengawal selia dan pemangkin, dan pada masa yang sama mendukung gagasan 1Malaysia.

Dalam tempoh RMKe-10, Rolling Plan Keempat (2014-2015), sebanyak 76 projek pembangunan bekalan air telah dan akan dilaksanakan melibatkan siling (2014/2015) berjumlah RM2.55 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 projek dibiayai secara geran melibatkan siling berjumlah RM612 juta dan sebanyak 63 projek dibiayai secara pinjaman melibatkan siling berjumlah RM1.9 bilion. Sehingga bulan Oktober 2014, sebanyak 4 projek telah berjaya disiapkan, 71 dalam tempoh pembinaan dan 1 projek dalam perancangan. Maklumat lengkap untuk jumlah siling bermula daripada Rolling Plan Pertama hingga Rolling Plan Keempat seperti dalam jadual di bawah.

 

Rolling Plan Jumlah Siling
Rolling Plan Pertama (2011-2012) RM2.4 billion
Rolling Plan Kedua (2012-2013) RM2.8 billion
Rolling Plan Ketiga (2013-2014) RM2.7 billion
Rolling Plan Keempat (2014-2015) RM2.5 billion

 

Projek Secara Langsung

PROJEK SECARA GERAN/LANGSUNG

Projek secara geran/langsung adalah projek-projek yang mana kos keseluruhan projek dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala pelaksanaan projek di bawah pengawasan Ketua Pengarah JBA selaku Pegawai Penguasa (Superintending Officer). Setelah pelaksanaan projek siap, ianya akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri berkenaan untuk pengoperasian dan penyenggaraan. Projek-projek yang dibiayai secara geran/langsung hanya melibatkan projek-projek sumber air sahaja seperti pembinaan empangan kecuali bagi Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tahun 2014, sebanyak 13 projek telah diluluskan untuk pelaksanaannya di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) sepertimana jadual.

 

Bil   Projek
  Rancangan Bekalan Air Negeri Johor
1 Pembinaan Empangan Kahang, Kluang, Johor
2 Pembinaan Baraj, Johor
  Rancangan Bekalan Air Negeri Melaka
3 Pembinaan Empangan Jernih
  Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan
4 Kajian Bagi Memaksimumkan Sumber-sumber Air Dari Sg. Muar Untuk Negeri Sembilan Timur
  Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor
5 Penggantian Paip Air Dasar Laut Ke Pulau Ketam
  Rancangan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang
6 Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang
  Rancangan Bekalan Air WP Labuan
7 Meningkatkan Kemudahan Empangan & Loji WP Labuan
8 Menaiktaraf & Meningkatkan Sistem Retikulasi Air WP Labuan
9 Pembinaan Loji Air Beaufort Fasa II & Pemasangan Paip Dasar Laut Dari Loji Ke Labuan
10 Pembinaan Kuarters Pekerja Loji Air & Rumah Pam
11 Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Labuan
12 Pembinaan Pejabat Baru Jabatan Bekalan Air WP Labuan
13

Penggantian Paip AC Dari Tangki SGI Ke Kawasan Industri Ranca-ranca Labuan Sepanjang 6km menggunakan Paip MSCL Berukuran 600mm WP Labuan

Projek Secara Pinjaman

PROJEK SECARA PINJAMAN

Projek secara pinjaman adalah projek-projek yang mana peruntukannya dibiayai secara pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Pelaksanaan projek dilakukan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat-Syarikat Air Negeri berkenaan. Pegawai Penguasa (Superintending Officer) yang dilantik terdiri daripada Pengurus Besar atau Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri berkenaan. Bagi tahun 2014, sebanyak 63 buah projek telah diluluskan untuk pelaksanaannya di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) sepertimana jadual.

 

BIL  PROJEK
   Rancangan Bekalan Air Negeri Johor
1 Naiktaraf Empangan Bekok, Johor
   Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah
2  Menaiktaraf / Membaikpulih Loji Rawatan Air dan Sistem Bekalan Air di Kulim Hi-Tech Park, Kedah 
3  Bekalan Air Sik
   Rancangan Bekalan Air Negeri Kelantan
4  Menaiktaraf Loji Rawatan Air Jajahan Gua Musang
5  Kerja Kajian & Pelaksanaan Program NRW Seluruh Negeri Kelantan
  6  Menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan
7  Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II, Machang
8  Menaiktaraf Loji Rawatan Air Kg. Chap, Bhacok, Kelantan
   Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan
9  Skim Bekalan Air Teriang Fasa 1 Bagi Dearah Seremban
10  Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi, Fasa 1 (Bekalan Air Ke Bandar ENSTEK & Nilai)
   Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang
11  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Pahang - Derah Kuantan
12  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Pahang - Daerah Kuala Lipis
13  Bekalan Air Pekan
14  Bekalan Air Muadzam Shah
15  Bekalan Air Jerantut
16  Bekalan Air Seberang Temerloh
17  Bekalan Air Kuantan Fasa 3
18  Bekalan Air Ke Kawasan Perindustrian Gebeng
19  Bekalan Air Raub
20  Bekalan Air Cameron Hinglands
21  Bekalan Air Bera
22  Bekalan Air Karak
23  Bekalan Air Lipis
   Rancangan Bekalan Air Negeri Perak
24  Rancangan Bekalan Air Sg. Siput/ Daerah Manong, Kuala Kangsar
25  Memperluaskan Sistem Agihan Bekalan Air Greater Ipoh IV
26  Bina/ Pasang - Loji Kolam dan Paip Utama Daerah Larut Matang dan Selama - Kontrak No.2 :
 Membaikpulih LPA Taiping Headworks (35mld)
27  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Perak - Wilayah Tengah 1 :
 Kinta & Wilayah Utara
28  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Perak - Wilayah Tengah 2 :
 Manjung & Perak Tengah
29  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Perak - Wilayah Selatan :
 Batang Padang & Hilir Perak
30  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Perak - Wilayah Barat :
 Larut, Matang, Selama & Kerian
   Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor
31  Naiktaraf Stesen Mengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa 1
32  Penggantian Paip Air Lama Serta Bagi Mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW)
33  Pengagihan Semula Kapasiti Naik Taraf Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa Satu (SSP1)
34  Pengagihan Semula Kapasiti Reka Bentuk Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa Tiga (SSP3)
35  Pemindahan Pukal Rasa
36  Projek Penggantian Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih
37  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak berhasil (NRW) Tambahan
38  Kajian Kemungkinan Cadangan Projek Penyaluran Bekalan Air Terawat Dari Negeri Sembilan ke
 Selangor (Mitigasi 3)
   Rancangan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang
39   Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Pulau Pinang
   Rancangan Bekalan Air Negeri Perlis
 40  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil
 41  Bekalan Air Ke Kawasan Pembangunan Bandar Baru Pauh, Kuala Perlis, Padang Besar & Wang
 Kelian
   Rancangan Bekalan Air Negeri Sabah
42   Penggantian Sistem Paip Transmisi Dari Limbawang Ke Stesen Pam Penggalak Tamu Kayul
 Beaufort
43   Bekalan Air Keningau - Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau
44   Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang
45   Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daerah Beaufort 
 46  Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Semporna 
47   Skim Bekalan Air Tawau Fasa III -  Rekabentuk & Pembinaan Empangan Air
48   Program Mengurangkan Kehilangan Kadar Air Tak Terhasil Negeri Sabah Fasa 3 - Kota Kinabalu
 Fasa 3 & Fasa 4
   Rancangan Bekalan Air Negeri Sarawak
49   Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Negeri Sarawak - JKR Sarawak
50   Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Sarawak - Lembaga Air
 Kuching
 51  Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil Negeri Sarawak - Lembaga Air Sibu
 52  Membaikpulih Sistem Agihan Di Negeri Sarawak - Lembaga Air Sibu
 53   Pembinaan Empangan Bengoh Kuching Sarawak 
 54  Pembangunan Sumber Air Untuk Bekalan Air Miri Sarawak
55   Pembinaan Loji Kolam Takungan & Paip Untuk Bekalan Air Sri Aman
 56  Bekalan Air Wilayah Trusan
57   Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Kg. Sg. Asap, Bakun, Sarawak
 58  Membaikpulih Sistem Agihan Di Negeri Sarawak - JKR Sarawak
59  Meningkat Liputan Bekalan Air Semariang
60  Pembinaan 800mm Saluran Paip Dari Loji Nyabau ke Taman Perindustrian Kidurong, Bintulu
61  Pembinaan Kolam Takungan Bukit Selatan, Miri
62  Sumber Bekalan Air Mentah Wilayah Betong
63  Naiktaraf Loji Rawatan Air Batu Kitang No.3

TOP

 aduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.