Jabatan Bekalan Air (JBA) - Pengumuman/Berita Terkini http://www.jba.gov.my Wed, 24 May 2017 12:08:18 +0800 Open Source Excellence RSS Feeder en-gb Kenyataan Tender http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/546-kenyataan-tender http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/546-kenyataan-tender  

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dalam Gred dan Pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

  1. TENDER

TAJUK

KERJA

GRED DAN PENGKHUSUSAN

HARGA DOKUMEN

SESI TAKLIMAT  & LAWATAN TAPAK MANDATORI

 

JBA(T)1/2016

 

 

 

Kerja-Kerja Penyiasatan Tanah Untuk Cadangan Projek Pembinaan Empangan Jernih, Alor Gajah Melaka.

Berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK dalam

Gred G3 sehingga G7 dan kategori CE – Pembinaan Kujuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 – Kerja Penyiasatan Tanah

RM150.00

Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf Bayaran atas nama      Ketua Pengarah, Jabatan Bekalan Air,KeTTHA 

 Tarikh : 21/01/2016 (Khamis)

 Masa: 10.00 pagi

 Tempat berkumpul :

Kompleks JAPERUN Ayer Limau, 78100 Lubok Cina, Melaka

 KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender. 

 

 

  1. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 1, Blok E4/5, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada waktu pejabat bermula pada 18 Januari 2016 (Isnin) hingga 3 Februari 2016 (Rabu).
  2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Untuk maksud ini, hanya penama yang tercacat di dalam sijil CIDB (PKK,SPKK) yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak berserta Cop Syarikat.
  3. Dokumen Tender hanya dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) berserta satu Salinan sijil-sijil tersebut serta Cop Syarikat.
  4. Dokumen Tender boleh didapati bermula 22 Januari 2016 (Jumaat)(selepas lawatan tapak) sehingga 28 Januari 2016 (Khamis) pada waktu pejabat di alamat:-

                                                           BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN,

                                                           JABATAN BEKALAN AIR,

                                                           KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR,

                                                           ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

                                                           PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

                                                           62668 PUTRAJAYA .

 

          Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Wang Kiriman Pos/ Bank Deraf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

  1. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00  tengahari pada 4 Februari 2016 (Khamis), di alamat :-

                                                             BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN,

                                                             JABATAN BEKALAN AIR,

                                                             KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR,

                                                             ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

                                                             PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

                                                             62668 PUTRAJAYA .

 

  1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

*Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-88836153 / 6318

]]>
najib.razak@jba.gov.my (MUHAMAD NAJIB) Wed, 20 Jan 2016 16:58:38 +0800
JBA memenangi anugerah di Conference of The ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO) ke-33, 2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/544-jba-memenangi-anugerah-di-conference-of-the-asean-federation-of-engineering-organisations-cafeo-ke-33-2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/544-jba-memenangi-anugerah-di-conference-of-the-asean-federation-of-engineering-organisations-cafeo-ke-33-2015  Hari Pelanggan

 

 

 

JBA memenangi anugerah di Conference of The ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO) ke-33, 2015

Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau telah berjaya meraih anugerah di Persidangan ke 33  ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO)  yang telah diadakan di Hotel Equatorial, Pulau Pinang pada 23 November 2015 melalui kertas kerja “Managing the Challenges in the Design, Construction and Supervision of Mengkuang Dam Expansion Project, Pulau Pinang”.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Ketua Pengarah dan Pasukan Pengurusan Projek I JBA diatas kejayaan tersebut. Semoga ianya menjadi pemacu untuk kejayaan di masa hadapan.

 

 

]]>
azlanshah@kettha.gov.my (azlan) Fri, 04 Dec 2015 09:36:41 +0800
Borneo Water & Wastewater Exhibition 2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/543-borneo-water-wastewater-exhibition-2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/543-borneo-water-wastewater-exhibition-2015 Hari Pelanggan

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Borneo Water & Wastewater Exhibition 2015 pada 14 hingga 16 Disember 2015 bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

 

Borneo Water & Wastewater Exhibition 2015

Date

:

14-16 December 2015

Venue

:

Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

- Download 2nd Announcement
-
 Download Registration Form

 

 

 

 

 

 

]]>
azlanshah@kettha.gov.my (azlan) Fri, 20 Nov 2015 16:07:29 +0800
Majlis Perasmian Pemasangan Loji Rawatan Air Mudah Alih (NOMAD) Oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/523-majlis-perasmian-pemasangan-loji-rawatan-air-mudah-alih-nomad-oleh-yb-datuk-seri-panglima-dr-maximus-johnity-ongkili-menteri-tenaga-teknologi-hijau-dan-air-malaysia http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/523-majlis-perasmian-pemasangan-loji-rawatan-air-mudah-alih-nomad-oleh-yb-datuk-seri-panglima-dr-maximus-johnity-ongkili-menteri-tenaga-teknologi-hijau-dan-air-malaysia  

 Hari Pelanggan 

 

 

 

Tarikh : 6 Jun 2015 (Isnin)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kampung Kenipir, Ranau


Bagi membantu penduduk Ranau dalam menghadapi masalah bekalan air akibat bencana gempa bumi yang berlaku, YB Menteri KeTTHA telah meminta pihak SPAN menempatkan sebuah Loji Rawatan Mudah Alih (NOMAD 20) berkapasiti 1MLD untuk menangani isu kekurangan bekalan air terawat kepada penduduk Ranau. Gangguan bekalan air di Ranau berlaku kerana sisa-sisa lumpur dan pokok tumbang semasa bencana gempa ini memasuki sungai Liwagu menyebabkan water intake Loji Rawatan Air Ranau 1 & 2 tersumbat dan operasi loji dihentikan sehingga kerja-kerja pembersihan siap di lakukan.


Majlis perasmian telah diadakan pada 6 Jun 2015 olehYB Menteri KeTTHA yang juga di hadiri oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Ranau, YB. Datuk Dr. Joachim Gunsalam Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Ir. Noor Azahari Zainal Abidin Ketua Pengarah JBA-KeTTHA, dan En. Shukry Ismail Ketua Pengarah Operasi SPAN.

Dengan pemasangan LRA mudah alih ini, pihak Jabatan Air Negeri Sabah dapat membekalkan 10% keperluan air terawat di Ranau.

 

[widgetkit id=186]

 

 

]]>
Wed, 08 Jul 2015 17:19:00 +0800
Hari bertemu pelanggan secara atas talian (ePelanggan) KeTTHA http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/518-hari-bertemu-pelanggan-secara-atas-talian-epelanggan-kettha http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/518-hari-bertemu-pelanggan-secara-atas-talian-epelanggan-kettha Hari Pelanggan

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Atas Talian (ePelanggan) pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 30 Julai 2015 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Atas Talian ini merupakan salah satu inisiatif KeTTHA di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Awam KeTTHA. Program yang akan diadakan pada setiap bulan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan KeTTHA serta agensi-agensi di bawahnya berinteraksi secara maya di http://epelanggan.kettha.gov.my serta berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

 

 

 

]]>
Tue, 28 Jul 2015 17:08:00 +0800
Lawatan Kerja Y.B Timbalan Menteri KeTTHA ke Loji Rawatan Air Batu Kitang, Kuching, Sarawak pada 28 Januari 2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/457-lawatan-kerja-y-b-timbalan-menteri-kettha-ke-loji-rawatan-air-batu-kitang-kuching-sarawak-pada-28-januari-2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/457-lawatan-kerja-y-b-timbalan-menteri-kettha-ke-loji-rawatan-air-batu-kitang-kuching-sarawak-pada-28-januari-2015 water-malaysia2015

 

 

 

 

Y.B Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid Timbalan Menteri KeTTHA dengan diiringi oleh Y.Bhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air), Ir. Noor Azahari Bin Zainal Abidin Ketua Pengarah JBA, Dr. Ching Thoo a/l Kim Setiausaha Bahagian Seksyen Dasar Perkhidmatan Air dan juga pegawai-pegawai KeTTHA telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Batu Kitang, Kuching, Sarawak. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk melihat lebih dekat operasi LRA Batu Kitang yang merupakan loji rawatan air utama yang menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk bandar Kuching.

Sebelum memulakan lawatan kerja ke LRA Batu Kitang, Y.B Timbalan Menteri KeTTHA telah membuat kunjungan hormat kepada Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Y.B Timbalan Menteri, KeTTHA juga telah menyempurnakan majlis pemberian bantuan kepada mangsa banjir yang melanda Negeri Sarawak awal tahun ini.

 

 

 

 

 

 

 

]]>
Mon, 23 Mar 2015 17:19:00 +0800
Lawatan Kerja Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha KeTTHA Ke Tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor Pada 5 Februari 2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/455-lawatan-kerja-y-bhg-datuk-ketua-setiausaha-kettha-ke-tapak-projek-pembinaan-barrage-sungai-johor-di-daerah-kota-tinggi-johor-pada-5-februari-2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/455-lawatan-kerja-y-bhg-datuk-ketua-setiausaha-kettha-ke-tapak-projek-pembinaan-barrage-sungai-johor-di-daerah-kota-tinggi-johor-pada-5-februari-2015 water-malaysia2015

 

 

 

 

Y. Bhg. Datuk Loo Took Gee, Ketua Setiausaha KeTTHA bersama-sama wakil Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan serta Bahagian Perkhidmatan Air telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Barrage Sungai Johor Di Daerah Kota Tinggi, Johor diiringi oleh Tuan Ir. Noor Azahari Bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, KeTTHA. Y. Bhg. Datuk KSU berharap Pasukan Projek Jabatan Bekalan Air, Perunding dan Kontraktor bekerjasama dalam memastikan perancangan, pemantauan dan pengawasan projek mengikut spesifikasi,kos dan kualiti kerja serta dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

]]>
Mon, 23 Mar 2015 17:19:00 +0800
Water Malaysia 2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/452-water-malaysia-2015 http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/452-water-malaysia-2015 water-malaysia2015

 

 

 

 

Water Malaysia 2015 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 hingga 24 April 2015.

KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

 

 

]]>
Thu, 12 Mar 2015 17:19:00 +0800
Malaysia Ke Arah mGoverment - Pelaksanaan Gerbang Perkhidmatan Mobile Kerajaan (myGov Mobile) Bagi Agensi Sektor Awam http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/90-malaysia-ke-arah-mgoverment-pelaksanaan-gerbang-perkhidmatan-mobile-kerajaan-mygov-mobile-bagi-agensi-sektor-awam http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/90-malaysia-ke-arah-mgoverment-pelaksanaan-gerbang-perkhidmatan-mobile-kerajaan-mygov-mobile-bagi-agensi-sektor-awam myGov1 DI bawah program National Key Economics Areas (NKEA) Communication, Content and Infrastructure (CCI) Entry Points Projects 8 (EPP8) E-Government, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan projek Gerbang Perkhidmatan Mobile Kerajaan (myGov Mobile). Melalui myGov Mobile, beberapa perkhidmatan Kerajaan telah dibangunkan dengan menggunakan kaedah Short Message Service (mySMS 15888), Unstructured Supplementary Service Data (myUSSD), Multimedia Messaging Service (myMMS) dan Mobile Applications (myApp). Portal versi web dan mobile boleh dicapai menerusi www.mygovmobile.malaysia.gov.my.

 

 

]]>
Thu, 20 Mar 2014 17:19:09 +0800
Lawatan Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) Cawangan Pulau Pinang Ke Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/89-lawatan-institut-kejuruteraan-malaysia-iem-cawangan-pulau-pinang-ke-projek-pembesaran-empangan-mengkuang-pulau-pinang http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/89-lawatan-institut-kejuruteraan-malaysia-iem-cawangan-pulau-pinang-ke-projek-pembesaran-empangan-mengkuang-pulau-pinang Logo-Institut-Jurutera-Malaysia1 Lawatan Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) Cawangan Pulau Pinang ke Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Jun 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pejabat Tapak Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang

 

 

 

 

 

 

]]>
Thu, 20 Mar 2014 17:16:05 +0800
Lawatan Kerja Rombongan Ketua Disiplin Awam JKR Ke Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/88-lawatan-kerja-rombongan-ketua-disiplin-awam-jkr-ke-projek-pembesaran-empangan-mengkuang-pulau-pinang http://www.jba.gov.my/index.php/arkib-pengumuman/88-lawatan-kerja-rombongan-ketua-disiplin-awam-jkr-ke-projek-pembesaran-empangan-mengkuang-pulau-pinang Logo Jab Kerja Raya1 Lawatan Kerja Rombongan Ketua Disiplin Awam JKR ke Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Jun 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pejabat Tapak Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang

]]>
Thu, 20 Mar 2014 17:13:26 +0800