Jata

BAHAGIAN BEKALAN AIR

Media
Teks Ucapan

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian meluangkan masa melayari portal Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Portal BBAmerupakan medium yang membolehkan semua pihak merangkumi agensi kerajaan, syarikat swasta/korporat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan mendapatkan maklumat am mengenai peranan dan perkhidmatan BBA.

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya, BBA masih teguh berdiri meneruskan usaha dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan untuk mengurus sumber bekalan air ke arah yang lestari seiring dengan masa dan teknologi terkini.

Saya turut mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan LUAS dan keberkesanan portal ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada aduan@bba.gov.my.

Saya berharap portal ini terus menjadi salah satu medium sebaran maklumat yang bermanfaat kepada semua pihak berkenaan BBA dan sumber air.

Sekian, terima kasih.