Pada 17 November 2023 (Jumaat) jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada Perunding yang berjaya bagi pelaksanaan projek-projek berikut:
 
a)Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Selangor ;
 
b)Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Pulau Pinang;
 
c)Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Pahang ;
 
d)Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Johor ; dan
 
e)Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Kedah.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Nor Halim Bin Aludin, Ketua Seksyen Pemantauan Keselamatan Infrastruktur Air (SPKIA) dengan penyerahan dokumen SST bertempat di Pejabat Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Turut hadir bersama adalah Sr Salmawati Binti Mansor, Ketua Seksyen Pakar, BBA, NRECC.
 
BBA selaku jabatan teknikal dan agensi pelaksana Kerajaan berharap Perunding dapat memberikan komitmen dan memikul amanah demi memenuhi aspirasi Kerajaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik serta mengikut kos dan tempoh yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada semua perunding yang berjaya iaitu ZHL Engineers Sdn Bhd, FAZS Consulting Engineering, Perunding RJA, Muda Consult Sdn.Bhd dan Perunding Jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *