Majlis Penyerahan Projek Penyelengaraan Dan Pembaikan BBAL 2024 – Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Pagar, W.P. Labuan kepada pelanggan telah diadakan pada 16 Disember 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 1, Jabatan Bekalan Air, Blok F10, Parcel F, Putrajaya.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh En. Mustapa Samsudin , Pengarah Urusan SRM Bersatu Sdn Bhd kepada YBhg. Ir. Hajah Norzani binti Mahmood, Timbalan Pengarah BBA selaku Pegawai Penguasa Projek sambil disaksikan oleh Ir. Hasrul Nizam bin Abdul Rahman, Wakil Penguasa Projek, Sr Salmawati binti Mansor, Ketua Seksyen Pakar dan pegawai-pegawai terlibat.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 10 dalam 1 yang merangkumi:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Projek Siap Mengikut Jadual;
3. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);
4. Manual Operation & Maintenance (O&M);
5. Penjimatan Kos Projek Berbanding Kos Kontrak;
6. Penjimatan Kos Projek Berbanding Siling Projek;
7. Memenuhi Kepuasan Pelanggan;
8. Zero Lost Time Injury;
9. Zero Major Defect; dan
10. Surat Penghargaan Kontraktor.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek yang diketuai oleh Ketua Unit 2, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrikal, Jurukur Bahan, Penolong Jurutera Mekanikal dan Penolong Jurutera Elektrik atas kejayaan menyiapkan projek ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Seksyen Pengurusan Projek di atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyiapan projek.

